KEMAHIRAN
MENCATAT NOTA
Kemahiran
mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:
- Kemahiran MENDENGAR
- Digunakan semasa proses pembelajaran
- Boleh dilakukan serentak
- Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
- Kemahiran MEMBACA LAJU.
- Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
- Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
- Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.
- Kemahiran MENULIS
- Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
- Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
- Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
- Catatkan KATA KUNCI sahaja.
- Memilih isi-isi penting sahaja.
- Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
- Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.
- NOTA RINGKAS dan padat
- Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
- Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
- Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
- Gunakan PERKATAAN sendiri
- Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
- Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
- Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.
- Faham setiap KATA KUNCI
- Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
- Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.
No comments:
Post a Comment