1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.
2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.
3. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.
4. Tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir ADALAH BETUL. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.
AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

No comments:
Post a Comment