KONSEP
KEMAHIRAN BERFIKIR
- Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive).
- Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :
- Proses Penaakulan
- Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.
- Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.
- Membentuk konsep
- Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori.
- Memahami fenomena yang diperhatikan
- Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.
- Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.
- Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati.
- Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas.
- Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain.
- Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.
- Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.
KEPENTINGAN
KEMAHIRAN BERFIKIR
- Aspek yang penting untuk belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain(baru).
- Kemahiran berfikir penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan menangani masalah kerana melaluinya kita dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan tindakan.
- Kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dgn lebih produktif.
- Penting kita dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan.
KEMAHIRAN
BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH
- Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas.
- Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.
- Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :-
- Mengapa
- Kenapa
- Bagaimana
- Soalan “aras rendah” :-
- Siapa nama awak?
- Bila
- Siapa
- Idea Socrates telah dikembangkan oleh anak murid beliau seperti Plato dan Aristotle (ahli falsafah Greek).
- Pada 1956, Bloom memperkenalkan istilah Aras Pemikiran (Taksonomi Bloom).
Taksonomi Bloom
- Pengetahuan
- Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep.
- Cth : siapa nama awak? Bakar
- Pemahaman
- Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn perkataan sendiri.
- Cth : jelaskan makna fotosintesis
- Aplikasi
- Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru.
- Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan...
- Analisis
- Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti perkaitan antaranya.
- Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb.
- Sintesis
- Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg bermakna.
- Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data.
- Penilaian
- Kebolehan menilai idea, konsep @ tindakan.
- Krathwohl et.al (1964) menghasilkan taksonomi domain afektif dalam proses berfikir.
- Maklum balas ttg perasaan :
- Geram
- Mata merah
- Menangis
- Maklum balas ttg emosi :
- Sedih
- Kecewa
- Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara.
DEFINISI
KEMAHIRAN BERFIKIR
- Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.
- Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk mengawal proses berkenaan.
- Secara amnya, Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain iaitu Kemahiran Berfikir secara kritis dan Kemahiran Berfikir secara kreatif.
- Kesemua Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif akan digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment