Jangan merasa pertolongan datang terlambat, setiap sesuatu ada hikmahnya, ingatlah firman Allah yang ertinya,
“Demikianlah apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain” (Muhammad: 4).
“Seandainya Allah berkehendak, mereka tak kan saling memerangi, akan tetapi Allah melakukan yang Dia kehendaki” (al Baqarah: 253)
|
Monday, September 30, 2013
Sunday, September 15, 2013
Cakupan Sejarah (Secara Ringkas )
- Sejarah Politik
- Aliran tradisional yang bersifat klasik.
- Terdapat dua jenis politik
- Politik tinggi
- Menyentuh tentang kegiatan golongan elit yang memerintah, dasar-dasar pentadbiran dan pelaksanaannya.
- Termasuk urusan diplomatik dan strategik.
- Politik rendah
- Lebih menyeluruh kepada kegiatan masyarakat dan orang-orang awam umumnya.
- Temanya tetap politik tetapi politik yang menyentuh hati sanubari rakyat rakyat dan penglibatannya, bai secara aktif atau pasif.
- Sejarah Sosial
- Wujud akibat penentangan idea bahawa sejarah politik sebagai sempit dan terbatas.
- Sejarah orang kebanyakan dengan menepikan politik.
- Kajian tentang pola-pola kebudayaan yang sangat memperhatikan sosial didalamnya.
- Antara aspek-aspek aliran sosial ialah kebudayaan, kesenian, kesusteraan, agama, ekonomi, pendidikan, perundangan, keluarga, wanita, etnik dll.
- Walaupun bidang ini luas, Penekanan kepada aspek kualitatif berbanding kuantitif.
- Sejrah Ekonomi.
- Terbahagi kepada dua jenis :
- Bersifat tematik
- menekankan aspek ekonomi atau tema-tema ekonomi dalam sejarah.
- Bersifat paradigmatik
- faktor ekonomi sebagai skema mental atau asas falsafah dalam menganalisis sejarah.
- Ciri-ciri sejarah ekonomi
- Kemampuan membuat generalisasi
- Kemamuan menyusun data secara kuantitatif
- Kemampuan membuat kajian komparatif
- Mengindentifasikan pola atau kecenderungan.
Pengertian dan Konsep Sumber( Secara Ringkas :) )
Sumber SEJARAH :)
- Pengertian sumber
- Konsep Sumber Sejarah
- Ciri-ciri sumber sejarah
- Pengertian sumber :
- Istilah sumber dalam sejarah bererti punca?dokumen?rekod.
- Menyediakan maklumat atau bukti berkenaan suatu fakta atau kejadian.
- Kamus Dewan mendefinisak sebagai keterangan (bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti.
- Namun terdapat ahli yang tidak bersetuju sumber diertikan sebagai bukti.
- Hal ini kerana mereka menyatakan buti itu bermaksud keterangan yang dapat mengesahkan atau menyangkal sesuatu hal yang khusus.
- Jenis-jenis sumber
- Sumber yang biasa digunakan
- rekod kerajaan, rekod swasta, sumber peribadi, sumber sastera dan peninggalan lama.
- Ciri-ciri sumber
- Akhbar- melaporkan berbagai jenis kejadian harian, mencerminkan pemikiran golongan dalam masyarakat.
- Rekod kerajaan- dokumen kerajaan, merangkumi laporan mahkamah, parlimen dll.
Pengertian Sejarah (Secara Ringkas)
Pengertian Sejarah
- Pengertian Sejarah
- Sejarah sebagai suatu disiplin ilmu bersifat kajian
- Ruang lingkup sejarah
- Bentuk naratif dalam sejarah
Pengertian sejarah
- Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai tiga makna
2. Salasilah
3. Peristiwa yang benar-benar berlaku di masa lampau.
4.Peristiwa yang telah lalu : tawarikh
Sejarah bersifat kajian :
- Profesor Collingwood menyatakan unsur kajian merupakan unsur yang penting dalam penakrifan sejarah.
- Ciri ini mendedahkan usaha untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
- Dua implikasi dari ciri ini ialah kajian dalam sejarah berdasarkan kepada penafsiran bukti atau sumber-sumber yang sedia wujud. dan kajian dalam sejarah sepatutnya dilakukan oleh orang yang pakar dalam bidang itu.
Ruang lingkup sejarah
- F.J Teggart menyatakan bahawa bidang sejarah hanya tertumpu pada tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada negara dan rakyat.
(bersambung T_T)
Saturday, September 14, 2013
Metodologi Sumber Sejarah
Apa itu tafsiran sumber sejarah ??
- Keterangan atau alasan terhadap peristiwa atau kejadianyang pernah berlaku.
- Tafsiran sejarah mesti dibuat berdasarkan apa yang telah terjadi. Bukti masih ada/wujud.
- Peristiwa yang pernah berlaku.
Tafsiran yang objektif :
- penerangan sejarah dibuat berdasarkan sumber sejarah yang masih kekal.
- Prosespenyelidikan mesti kritis.
- Kebenaran boleh dipertahankan dalam tempoh tertentu.
Jenis-jenis tafsiran :
- Teknikal ~ menjelaskan tujuan penulis dalam penulisan sejaraj
- Verbal ~ ahli sejarah lebih menumpukan perhatian terhadap perkataan sesuatu dokumen.
- Psikologikal~ melihat kepada pemiliran penulis dipengaruhi persekitaran fizikal, sosial dan intelektual.
- Fakta ~ Digunakan untuk memahami makna sumber dan dokumen dengan mengaplikasikan satu atau lebih daripada 3 cara jenis tafsiran.
- Logikal ~ proses melihat pelbagai bahagian sumber mengikut kaedah yang betul.
iSU MESIR !
1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.
2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.
3. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.
4. Tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir ADALAH BETUL. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.
AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

Wednesday, September 11, 2013
Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya
Ditulis oleh Abu Bakar Bin Yang. Posted in Artikel
Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang.
Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam bahasa malaysianya sebagai kaedah Bayi Tabung Uji.
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan.
Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia.
Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi;
yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.
Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri. Maka timbulah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesis-spesis binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudharatkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.

Tuesday, September 10, 2013
kemahiran berfikir :))
KONSEP
KEMAHIRAN BERFIKIR
- Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive).
- Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :
- Proses Penaakulan
- Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.
- Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.
- Membentuk konsep
- Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori.
- Memahami fenomena yang diperhatikan
- Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.
- Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.
- Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati.
- Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas.
- Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain.
- Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.
- Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.
KEPENTINGAN
KEMAHIRAN BERFIKIR
- Aspek yang penting untuk belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain(baru).
- Kemahiran berfikir penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan menangani masalah kerana melaluinya kita dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan tindakan.
- Kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dgn lebih produktif.
- Penting kita dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan.
KEMAHIRAN
BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH
- Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas.
- Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.
- Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :-
- Mengapa
- Kenapa
- Bagaimana
- Soalan “aras rendah” :-
- Siapa nama awak?
- Bila
- Siapa
- Idea Socrates telah dikembangkan oleh anak murid beliau seperti Plato dan Aristotle (ahli falsafah Greek).
- Pada 1956, Bloom memperkenalkan istilah Aras Pemikiran (Taksonomi Bloom).
Taksonomi Bloom
- Pengetahuan
- Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep.
- Cth : siapa nama awak? Bakar
- Pemahaman
- Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn perkataan sendiri.
- Cth : jelaskan makna fotosintesis
- Aplikasi
- Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru.
- Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan...
- Analisis
- Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti perkaitan antaranya.
- Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb.
- Sintesis
- Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg bermakna.
- Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data.
- Penilaian
- Kebolehan menilai idea, konsep @ tindakan.
- Krathwohl et.al (1964) menghasilkan taksonomi domain afektif dalam proses berfikir.
- Maklum balas ttg perasaan :
- Geram
- Mata merah
- Menangis
- Maklum balas ttg emosi :
- Sedih
- Kecewa
- Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara.
DEFINISI
KEMAHIRAN BERFIKIR
- Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.
- Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk mengawal proses berkenaan.
- Secara amnya, Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain iaitu Kemahiran Berfikir secara kritis dan Kemahiran Berfikir secara kreatif.
- Kesemua Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif akan digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
Cabaran dan Isu Semasa (GCI ^^)
aPA ITU KEJURUTERAAN GENETIK ??
Kejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa.
Kejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa.
Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia.
Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi;
yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Sunday, September 8, 2013
KRITIKAN SUMBER ^^
Makna sumber
Ahli-ahli sejarah amat mementingkan penggunaan sumber yang sahih dalam penghasilan sesebuah penulisan sejarah. Sumber yang benar dan tepat tentang sesuatu hasil kajian sejarah dapat membuktikan kesahihan sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku pada suatu ketika dahulu. Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, “sumber ialah suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan”.[3] Selain itu, terdapat beberapa definisi atau tafsiran lain yang merujuk kepada maksud sumber, antaranya seperti di dalam kamus Oxford English Dictionary, sumber atau “source” bererti “sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal tersebut”.[4] Sumber juga boleh diertikan seperti bahan-bahan tinggalan sejarah yang berupa seperti dokumen, artifak, jurnal, buku catatan peribadi dan lain-lain yang tersimpan di arkib, perpustakaan, pejabat khas, muzium dan sebagainya. Bahan-bahan ini secara langsung atau tidak langsung menjadi rujukan untuk tujuan penyelidikan bagi ahli-ahli sejarah mahupun pengkaji-pengkaji dalam mana-mana disiplin ilmu. Sumber terbahagi kepada 2 jenis, yakni sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer diklasifikasikan sebagai bahan-bahan asli atau tulen seperti dokumen, surat (rasmi atau tidak rasmi), laporan, buku harian dan sebagainya yang belum ditafsir atau diperlengkapkan lagi.[5] Bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sumber primer kerana keadaannya yang asli dan mengandungi maklumat asal sama ada benar atau tidak benar untuk tujuan penyelidikan. Seterusnya ialah sumber sekunder atau kedua yakni bahan-bahan penulisan tentang sesuatu peristiwa atau biografi tentang tokoh-tokoh tertentu yang diterbitkan oleh seseorang penulis atau sesebuah organisasi berdasarkan kajian terhadap sumber primer.[6] Penggunaan sumber sekunder adalah penting bagi seseorang penulis sejarah kerana ia berfungsi sebagai penyokong atau pengukuh bagi sesuatu hujah dan bukti yang dikemukakan. Sumber-sumber kedua adalah seperti buku, majalah, surat khabar, disertasi atau tesis.
Penafsiran Sumber
Sumber terdapat dalam pelbagai bentuk yakni berupa seperti dokumen, surat, catatan harian seseorang, koin , artifak, peninggalan peribadi dan sebagainya. Namun, sumber sering kali disalahertikan dan menimbulkan keraguan sesetengah pihak dan pengkaji kerana ia mempunyai pertalian atau “cohesion” dengan bukti. Hal ini kerana terdapat anggapan bahawa “bukti” membawa maksud yang serupa dengan istilah sumber. Kendatipun, anggapan itu ternyata tidak benar sama sekali kerana menurut ahli-ahli sejarah, istilah sumber dalam konteks sejarah membawa makna “bahan-bahan yang menyediakan bukti berkenaan sesuatu yang dikaji itu”. Di samping itu, bukti pula bermaksud “keterangan atau fakta-fakta yang dapat mengesahkan atau menyangkal sesuatu hal yang khusus”.[7] Fakta merupakan tulang belakang bagi sesebuah penulisan sejarah, tanpanya, penulisan itu hanyalah sebuah cerita rekaan semata-mata atau mungkin boleh menjadi sebuah penulisan falsafah atau sastera. Fakta sejarah ialah sesuatu hakikat yang kukuh, stabil dan tidak boleh dipersoalkan lagi kewibawaan mahupun kebenarannya[8]. Sungguh pun begitu, sesuatu fakta itu masih belum boleh disahkan lagi pada peringkat fakta itu dianggap masih mudah dan terbukti sepenuhnya akan kebenarannya.[9] Sekiranya terdapat unsur subjektiviti seperti pengadilan moral, motif penulis dan sebagainya, fakta tersebut akan berubah daripada asalnya. Fakta boleh menjadi sesuatu yang subjektif kerana ia terhasil daripada proses pemikiran ahli-ahli sejarah.[10] Proses ini dilakukan selepas seseorang pengkaji itu telah meneliti, mentafsir dan membandingkan sumber-sumber yang digunapakai itu. Oleh itu, Ranke menyarankan agar fakta tersebut tidak di’warnai’ dengan nilai-nilai subjektif agar fakta tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi, agama, bangsa dan sebagainya. Walaupun begitu, kepentingan sesuatu sumber itu adalah berdasarkan ahli sejarah yang mengkaji sesuatu peristiwa atau tajuk penulisannya.
Kritikan Luaran
Istilah kritikan pada masa ini bukanlah satu pendirian negatif semata-mata tetapi menjadi satu ujian untuk mengesahkan atau menyangkal kebenaran pensejarahan atau sumber-sumber tertentu. Ia turut dianggap sebagai satu usaha untuk memastikan ketulenan sesuatu sumber asli itu.[11] Perkembangan dalam kaedah penyelidikan sejarah ini telah diperluaskan lagi oleh tokoh pensejarahan moden iaitu Leopold Von Ranke pada abad ke-19. Kaedah ini disifatkan sebagai “sejarah kritikal” oleh R.G Collingwood kerana ia telah menjadikan bidang sejarah setanding dengan pelbagai disiplin ilmu moden yang lain seperti bidang sains khususnya. Kritikan luar lebih bersifat fizikal ke atas sesuatu sumber atau pengkaryaan. Perkara ini merangkumi ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian bahan-bahan yang digunakan terdapat dalam dokumen itu. Bagi ujian kimia, dokumen itu akan diuji keadaan kertas, penggunaan dakwat pena dan cap kerana bahan-bahan ini akan berubah keadaan fizikal mengikut perederan masa, justeru, pemalsuan dokumen boleh berlaku. Misalnya kes Buku Harian Hitler yang didakwa dipalsukan yang telah menimbulkan pertelingkahan sesetengah ahli sejarah yang akui akan kebenarannya, padahal hakikatnya memang benar buku itu adalah palsu setelah ujian makmal dijalankan ke atas penggunaan benang “polyester” yang digunakan untuk penjilidan yang tidak pernah digunakan pada zaman pemerintahan Hitler. Manakala ujian bahasa penting untuk memastikan ketulenan sesuatu dokumen itu kerana gaya bahasa sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dari segi tatabahasa, ejaan, ejaan, tanda baca dan sebagainya.[12] Ujian-ujian ini tidaklah dilaksanakan oleh ahli sejarah semata-mata kerana mereka tidak mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut. Ahli-ahli sejarah berperanan mentafsir kebenaran sesuatu sumber atau dokumen itu berdasarkan hasil ujian-ujian tersebut.
Kritikan Dalaman
Kesulitan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar daripada sumber-sumber adalah satu perkara yang tipikal dalam sejarah. Hal ini kerana fakta-fakta yang wujud dalam sesuatu sumber adalah nyata dan bisu, oleh itu, ahli sejarah perlu meneroka dengan lebih dalam lagi sumber-sumber tersebut untuk mendapatkan kebenaran yang hakiki tentang sesuatu kejadian. Justeru, lahirlah satu proses dalam penyelidikan sejarah iaitu proses kritikan dalaman yang bertujuan untuk memastikan kerasionalan dan kemunasabahan yang terdapat dalam isi kandungan sesuatu sumber itu.[13] Selain itu, proses ini bertujuan untuk menjamin bahawa setiap fakta yang diambil daripada sumber-sumber boleh dipertanggungjawabkan dan disahkan oleh ahli sejarah.[14] Menurut Profesor Kitson Clark, “tidak ada dokumen, dan tidak ada penyataan, rasmi atau bukan rasmi, yang tidak boleh disangsi”. Kesangsian yang terbit dalam pemikiran ahli sejarah adalah penting terhadap kajiannya ke atas sesuatu sumber kerana terdapat fakta-fakta yang tersembunyi disebalik sumber yang nyata itu. Dalam penelitian sesuatu sumber, maksud-maksud yang tersirat itu perlu dipersoalkan. Ahli sejarah perlu bijak mengenalpasti tujuan atau latar belakang di sebalik surat atau dokumen atau pengkaryaan. Hal ini penting kerana setiap ahli sejarah mempunyai pandangan dan tafsiran yang berbeza tentang suatu kejadian tertentu. Akibatnya terdapat bukti-bukti yang bercanggah antara satu sejarawan dengan yang lain.[15] Hal ini demikian kerana penentu dalam sejarah bukanlah fakta-fakta yang yang wujud pada sumber itu, penafsiran ahli-ahli sejarah yang mengkaji sumber itu yang mengawal fakta tersebut. Sungguh pun begitu, ahli sejarah tidak boleh secara sewenang-wenangnya memanipulasikan fakta jika tidak dapat mentafsir bukti dalam sumber itu, perkara terbaik ialah mengakui kejahilannya. Hasil kajian ahli sejarah perlu bersandarkan kepada “apa yang didapatinya betul” dan bukan “apa yang difikirkannya betul” berdasarkan sumber yang ada.[16]
[16] Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, hlm. 89.
Friday, September 6, 2013
KEMAHIRAN
MENCATAT NOTA
Kemahiran
mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:
- Kemahiran MENDENGAR
- Digunakan semasa proses pembelajaran
- Boleh dilakukan serentak
- Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
- Kemahiran MEMBACA LAJU.
- Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
- Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
- Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.
- Kemahiran MENULIS
- Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
- Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
- Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
- Catatkan KATA KUNCI sahaja.
- Memilih isi-isi penting sahaja.
- Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
- Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.
- NOTA RINGKAS dan padat
- Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
- Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
- Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
- Gunakan PERKATAAN sendiri
- Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
- Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
- Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.
- Faham setiap KATA KUNCI
- Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
- Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.
KEMAHIRAN MEMBACA ^^
Dalam
proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak
dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat
meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca
yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut
adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran
membaca:
- Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
- Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
- Elakkan gangguan radio dan televisyen
- Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
- Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
- Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
- Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
- Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
- Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
- Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
- Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
- Udara sekitar mestilah mencukupi
- Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
- Duduk dengan betul
- Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
- Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
- Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
- Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
- Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
- Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
HOW
WHAT
WHO
WHEN
WHERE
WHICH
WHY
- Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.
- CATATKAN isi yang dibaca
- Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
- Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
- Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
- Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
- Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
- Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
- Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
- Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.
Subscribe to:
Posts (Atom)